Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Klik Sini

Isnin, 17 Ogos 2009

Insan

Kita adalah insan penumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana

Kita adalah hamba berbakti Pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaannya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku saling perlukan

Oh... cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Ingat 5 Sebelum 5

Duhai teman dan tuan-puan
Mari kita berpesan-pesanan
Baik lelaki juga perempuan
Duduk di kampung atau di pekan

Zaman ini zamam kemajuan
Kebendaan menjadi ukuran
Hidup saling bersaingan
Jika lalai tinggal sendirian

Nabi junjungan pernah berpesan
Agar hidup ada pegangan
Semak selalu jangan lupakan
Agar tak susah di hari kemudian

Kena diingat lima perkara
Sebelum tiba lima perkara
Aaa... aaa...
Semoga hidup aman bahagia

Waktu lapang buatlah amalan
Sebelum sibuk pelbagai urusan
Isilah dengan amal kebajikan
Menuntut ilmu dan baca Al-Quran

Waktu senang beringatlah
Sebelum tiba waktunya susah
Jika datang ancaman musibah
Mampu bersedia selesai masalah

Bila sihat jagalah badan
Sebelum derita sakit tak keruan
Kawallah makan untuk kesihatan
Ringan ibadah nak dikerjakan

Jika kaya bermurah hati
Dapat pahala menolong orang
Aaa... aaa...
Jikalau miskin apa pun tak ada

Waktu kita hidup di dunia
Sediakan bekalan sebelum mati
Walaupun susah banyak halangan
Tabah dan sabar Allah kan sayang

Ingat-ingat kita semua
Jangan mudah sombong diri
Insafilah pesanan ini
Untuk kita suluh diri

Semoga lembut hati kita
Untuk taat dan berbakti
Dari Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali

Iktibar

Kita saksikan serata alam
Indah bicara berhias seri
Menanti tiba masa dan harinya
Alaf baru mencecah tiba

Sejarah besar umat semasa
Penuh impian semat di dada
Tenang wajahnya namun bergelora

Sebak dan harap ingin menatap
Kedamaian basahi dunia
Insan durjana berputih mata
Namun tiada pernah berjaya

Yang pastinya di sini sana
Kemusnahan tak pernah sudah
Bumi yang gersang terus berdarah

Tunduk tafakur diulit lesu
Damba si abid merintih sayu
Sendu tangisan yatim dan balu
Ternoda nusa tiada pembela

Bingar dentuman meragut nyawa
Bumi ibunda medan pusara

Terhulurkah salam ukhuwah kita
Atau sekadar menatap saja
Jambangan kasih dah kering layu
Lena dibuai syurga dunia

Entah berapa saat ketika
Sengsara insan yang tak berdosa
Tak kira muda juga dewasa
Terus dijarah menjadi mangsa

Ooooo...

Ampuhnya iman,ilmu dan amal
Itulah kekuatan hakiki
Sejarah silam membuktikannya
Rasul sahabat ikutan kita

Islam gemilang di puncaknya
Mendapat pembelaan Allah
Itulah hikmah dan iktibarnya

Allahu Rabbi... bantulah kami
Lindungilah sekalian mukmin...

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Hikmah Ramadan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones

Hidayah

Tak terlerai gelisah berpanjangan
Jika hanya bertuhankan kejahilan
Tanpa sinaran wahyu
Menerangi kehidupan
Oooo...

Hidayah Mu Allah penawar derita
Siraman iman subur keinsafan
Membersihkan jiwa yang ternoda
Melakar kasih menjadi titian ke syurga

Berikanlah limpahan nur saadah
Moga tidak tersasar dalam gelita
Bimbang kurnia nikmat Mu
Daku hanya persiakan

Jangan biarkan daku...
Terbang... di awangan
Sungguh daku merindukan... rasa
Indahnya kemesraan permainan

Airmata berlinangan
Tidak akan daku endahkan
Rela ku menadah meminta
Cinta Mu takkan ku lepaskan
Seandai ujian di depan
Bukti kasih Mu berkekalan

Maha suci Mu Allah... tiada... berkurangan
Pujian ku lafazkan... tanpa... kesangsian
Dosa yang kulakukan... mohon
Semoga suratan ku kebaikan

Airmata berlinangan
Tidak akan daku endahkan
Relaku menadah meminta
Cinta Mu takkan ku lepaskan
Seandai ujian di depan
Bakti kasih Mu berkekalan

Hadis Qudsi

Bahawasanya Allah Taala Bermegah
Dengan hamba-hambanya
Yang bangun di tengah malam
Kerana beribadat

Berfirman Allah di hadapan malaikat
"Lihatlah hamba-hamba ku itu,
Mereka telah bangun di tengah malam
Di waktu tiada seorang pun melihat mereka
Kecuali aku.

Wahai malaikat,
Saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka
Syurgaku
Tempat tinggal kehormatanku."

Hadis Qudsi

Epilog Budi

La...la...la...
Nilai diri manusia
Pada amalan di sisi Tuhan
Semakin banyak semakin tawadhuk
Darinya sebagai hamba

Berakhlak mulia
Disenangi ramai
Bersopan santun
Suruhan agama
Jadilah kita insan berbudaya
Dengan akhlak yang mulia

Ikutlah seperti resminya padi
Semakin berisi tunduk ke bumi
Semakin berilmu merendah diri
Itu sifat yang terpuji

Jangan seperti lalang yang tinggi
Mendongak langit tidak berisi
Membangga diri sifat yang keji
Ia tabiat dibenci

Doa Pujian

Selamatkan diri kami daripada azabMu
(Selamatkan diri kami daripada azabMu)
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya aa...
(Hampirkan diri kami padamu Ya Allah)

Selamat diri kami daripada azabMu
(Selamatkan diri kami daripada azabMu)
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
(Hampirkan diri kami padaMu Ya Rahman)

Selamatkan diri kami daripada azabMu
(Selamatkan diri kami daripada azabMu)
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
(Hampirkan diri kami padaMu Ya Rahman)

Selamatkan diri kami daripada azabMu
(Selamatkan diri kami daripada azabMu)
Jauhkan diri kami dari bisikan syaitan
Hindarkan diri kami dari tipu dayanya
(Hampirkan diri kami padaMu Ya Rahman)

Di Ambang Syawal

Bila tiba hari raya
Syukur kepada Yang Esa
Hari meraikan
Anugerah Allah
Buat yang beriman

Takbir dan tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia
Hari Raya

Namun hati ini
Pilu mengenangkan
Syahadah yang pergi
Kalamkanlah rahmat
Keampunan dan barakah

Sebulan berlalu
Aku sedih alpa
Beribadat tapi leka
Berpuasa lagi agar kita bersih
Amalanku Oh Tuhan terimalah

Kuinsafi dosa
Pada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah

Ya Rabbi...
Restukanlah...
Illahi...
Ampunkanlah...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Cari Pasangan

Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tidak upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa (hai)
Terpesona memandang (hah)
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik

Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
Fahamilah

Bidadari

Ketika hilang segala yang nyala
Kau hadir dengan pelita hati
Simpuhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan

Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini
Dengan kemesraan

Walau kesederhanaan
Yang mampu kuhulurkan
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu kususun rapi
Agar dirimu dapat kuhargai
Sebagai bidadari

Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan tatahkan hatimu
Dengan sinar iman
Akan kuhiasi jiwamu
Dengan kewajipan
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar

Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku
Dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan

Assalamualaikum

Assalamualaikum salam sejahtera
Kepada anda semuamoga bahagia
Di hari yang indah lagi mulia
Di pertemuan ini jalinkan kasih sayang

Rapatkanlah ukhuwahikatan iman
Amalkan sifat terpuji dalam pergaulan

Selawat dan salam untuk rasul junjungan tercinta
Semoga bersama mendapat rahmat dari illahi

Sollalahu rabbuna eala nuril mubin
Ahmadal musthafa saiyidil mursalin
Wa eala alihi wasohbihi ajmaiin

Anak Soleh

Uuuu...
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa

Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai... Ibu bapa
Kami permata anda
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

Aman

Jangan kau ratapi pada ketentuan ini
Pohonlah petunjuk agar kau tenang di hati
Bersyukurlah kasu sabarlah dan reda
Kita dicuba dan diuji kesakitan, ketakutan

Kadangkala kehampaan
Walau kau hebat diuji di dunia fana ini
Hebat lagi di sana

Dari itu hentikan ratapan dan keluh hatimu
Sesungguhnya dalam kesempatan ada kelapangan
Dan sebaliknya

Setiap suratan yang kita tempuhi
Lihatlah hikmah yang tersembunyi
Dari itu pohonlah hanya kepadanya
Lapangkan hati yang sengsara

Reda menjadi penawar mengenal erti sabar
Reda pabila ditimpa musibah dan segala pancaroba dunia
Reda menjadi penawar mengenal erti sabar
Reda cerminkan keperibadian mulia
Hampirkan kita kepadanya
Reda menjadi penawar mengenal erti sabar

Adab Dan Sopan

Ingatlah pesan junjungan
Amalkan adab dan sopan
Pada ibu guru dan kawan
Moga hidup tenang dan aman

Buat baik berpada-pada
Tabiat buruk dijauhkan
Akhlak baik semua suka
Sampai mati dalam ingatan

Sabarlah jika dibenci
Jangan berdendam di hati
Terhadapnya kita hormati
Moga hidup saling diberkati

Janganlah berdusta
Dan berkata nista
Bersabar sahaja
Jika kita dicerca

Janganlah menghina
Menuduh menfitnah
Serahkan kepada Allah
Jika kita ditohmah